Tugasan 3 - Penulisan Akademik
Tugasan 3 - Penulisan Akademik
Web merupakan halaman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video yang berdasarkan kepada cita rasa dan kreativiti pembina web tersebut. Melalui web, semua maklumat dapat diakses dengan hanya mengklik di hujung jari. Hal ini dikatakan demikian kerana kesemua web adalah dimuat naik ke Internet yang dikemukakan kepada orang awam di seluruh dunia. Dengan itu, pengguna Internet akan dapat mengakses maklumat-maklumat yang diingini dengan mudah tanpa mengira tempat dan masa, asalkan mempunyai perkhidmatan Internet (Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman, 2000). Secara tidak langsungnya, web turut telah mendatangkan manfaat yang besar dalam proses pengajaran den pembelajaran.
Berdasarkan web pembelajaran yang saya hasilkan (Matematik Tahun 2 : Topik 8 Wang hingga RM100), penilaian dan komen-komen telah diberi oleh rakan-rakan kepada saya. Dengan itu, saya telah mendapati bahawa web pembelajaran yang saya hasilkan mempunyai beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya termasuklah latar belakang web pembelajaran. Rakan-rakan telah mencadangkan bahawa saya boleh menghiaskan latar belakang laman web dengan lebih cantik supaya dapat menarik perhatian dan menarik minat pengunjung web pembelajaran tersebut (sila rujuk Lampiran 1). Selain itu, animasi juga harus diperbanyakkan dalam web pembelajaran, supaya tidak akan membosankan pengunjung web pembelajaran (sila rujuk Lampiran 2). Menurut Witri Yuliyani (2011), muzik dapat membangkitkan semangat belajar dan menjadikan pembelajar lebih relaks dalam mengikuti kegiatan pembelajaran. Oleh itu, audio, lagu atau muzik latar belakang perlu ditambahkan dalam web pembelajaran tersebut (sila rujuk Lampiran 3). Dengan itu, pengunjung akan mendapat kenikmatan dan kesenangan dari segi pendengaran dan penglihatan.
Aspek terakhir yang perlu diperbaiki adalah hyperlink. Saya dicadangkan supaya menambahkan hyperlink dalam web pembelajaran ini supaya web pembelajaran yang dihasilkan itu bersifat kepelbagaian dan multifunction (sila rujuk Lampiran 4, 5, 6). Bagi memastikan web pembelajaran yang saya hasilkan adalah berkualiti dan bersistematik, saya telah menambahkan menu box yang bersesuaian dengan isi kandungan dalam web tersebut (sila rujuk Lampiran 7). Di samping itu, saya pun telah menukarkan tajuk (Matematik Tahun 2 : Topik 8 Wang hingga RM100) kepada bentuk slide show. Saya berbuat demikian kerana tajuk berbentuk slide show dikatakan lebih cantik dan menarik berbanding dengan tajuk yang tidak mempunyai sebarang pergerakan atau animasi (sila rujuk Lampiran 8).
Selain aspek-aspek yang perlu diperbaiki, rakan-rakan turut memberi beberapa komen yang positif terhadap web pembelajaran yang saya hasilkan itu. Saya diberi komen bahawa web pembelajaran yang saya hasilkan adalah kemas, tersusun dan bersifat sistematik. Isi kandungan yang terdapat dalam web pembelajaran itu adalah jelas, tepat, terkini (up to date) dan relevan dengan topik matematik yang diajar. Selain itu, video yang digunakan dalam web pembelajaran itu pula adalah menarik dan sesuai. Latihan yang terdapat dalam web pembelajaran juga adalah baik dan sesuai.
Bagi menghasilkan suatu web yang baik dan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa aspek adalah harus diambil kira. Aspek-aspek tersebut termasuklah penggunaan, sistem navigasi, reka bentuk grafik, isi, kemampuan akses, kecepatan akses dan fungsi. Oleh itu, saya telah menilai web pembelajaran yang dihasilkan oleh rakan-rakan saya berdasarkan aspek-aspek tersebut. Kriteria seperti sangat baik, baik, cukup, kurang atau sangat kurang akan ditandakan bagi aspek-aspek tersebut. Pertama sekali, penggunaan membawa maksud web pembelajaran yang dihasilkan haruslah mudah digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya sesebuah web pembelajaran yang dihasilkan adalah mudah digunakan, maka pengguna akan mendapat maklumat yang diingini dengan mudah dan cepat. Keadaan ini telah dapat meningkatkan efisiensi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua, sistem navigasi pula mengambil kira menu navigasi haruslah konsisten di seluruh isi program. Sesebuah web pembelajaran yang baik dan cemerlang seharusnya bersifat konsisten supaya akan mendapat kebolehpercayaan daripada pengunjung-pengunjung web. Ketiga, reka bentuk grafik seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti menggunakan gambar, teks, simbol, animasi, audio dan video yang sesuai, tepat, sederhana, jelas dan relevan dengan topik yang diajar. Dengan itu, pengunjung web akan mendapat gambaran yang jelas dan tepat berdasarkan reka bentuk grafik yang cemerlang itu.
Keempat, isi dalam web pembelajaran perlulah cukup dan sesuai dengan topik yang diajar. Hal ini telah dapat membolehkan web pembelajaran yang dihasilkan itu mempunyai tingkat kebolehpercayaan yang tinggi. Kelima, kemampuan akses membawa maksud web pembelajaran yang dihasilkan itu mudah dijalankan di pelbagai pengisian dan mudah dijalankan di pelbagai aplikasi sedia ada. Keenam, kecepatan akses pula adalah web pembelajaran itu dapat dibuka pada semua browser dengan baik dan web pembelajaran dapat dibuka dengan cepatnya. Ketujuh, fungsinya pula harus memuat dengan konsep matematik yang sesuai dan disajikan dengan jelas, dinamik, tepat dan terkini. Dengan memenuhi kesemua aspek tersebut, para pengunjung web pasti akan mendapat maklumat yang diingini dengan mudah, cepat dan tepat. Hal ini telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, saya akan memberi cadangan dan catatan keseluruhan kepada rakan yang saya nilai itu. Dengan itu, rakan itu akan lebih jelas tentang kekuatan dan kelemahan web pembelajaran yang dibina olehnya dan akan membuat penambahbaikan dengan secepat mungkin.
Berdasarkan ciri-ciri yang dihujahkan di atas, web boleh dikatakan memainkan peranan yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ia tentulah mempunyai kelebihan yang banyak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kelebihannya termasuklah web merupakan medium yang dapat dilayari pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja, asalkan mempunyai servis Internet. Hal ini telah membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan di merata-rata tempat tanpa mengira masa. Dengan itu, bagi sesiapa yang tidak dapat belajar di sekolah berpeluang untuk belajar di rumah dengan melayari Internet. Keadaan ini telah dapat mengurangkan kuantiti manusia yang buta huruf dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, web merupakan koleksi maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video. Maklumat yang pelbagai itu membolehkan seseorang mendapat maklumat yang berbagai-bagai itu dengan sekali gus. Dengan itu, seseorang itu bukan sahaja dapat memudahkan dan menjimatkan masa, malah juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana web yang merangkumi kesemua aspek itu dapat membolehkan seseorang belajar dengan seronok dan relaks. Di samping itu, melalui web, murid-murid boleh belajar secara kolaboratif antara satu sama lain. Mereka dapat mengirim surat melalui e-mail untuk bertanya sesuatu atau berbincang sesuatu dengan rakan pembelajaran dan guru. Proses pembelajaran yang tidak terbatas pada ruang dan waktu tertentu itu membolehkan mereka berbincang antara satu sama lain dengan bebas dan mudah.
Kesimpulannya, web merupakan medium dan media yang amat penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana web merupakan sesuatu yang mudah diguna, jimat masa dan merangkumi semua maklumat yang berkaitan. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya berharap saya dapat menghasilkan web-web pembelajaran yang sangat cemerlang pada masa depan, supaya dapat menolong murid-murid yang memerlukan bantuan itu.
Rujukan
Mohd Arif Ismail, & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2000). Pembinaan Laman Web untuk pengajaran fokus terhadap kursus GE2123: Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Hotel Equatorial Banggi: Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000.
Nur Azami. (2012, Mei 10). Scribd: Definisi Laman Web. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/286649259/DEFINISI-LAMAN-WEB
Roblyer M.D. & Doering, A. H. (2012) Integrating Educational Techonology into Teaching. (6thed).
Pearson.
Samldino, Russell, Heinich & Molenda. (2002). Chapter 10 in Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey: Pearson-Merrill Prentice Hall.
Witri Yuliyani. (2011, Jun 7). Blogspot: Pemanfaatan Muzik dalam Proses Belajar Mengajar.
Retrieved from http://witriyuliyani.blogspot.my/2011/06/pemanfaatan-musik-dalam-proses-
belajar.html